Thursday, April 21, 2016

Kereta kena pecah

Thursday, April 21, 2016
*gambar sekadar hiasan*




.
.
As'salam semua.

Just nak share.
Malam tadi balik rumah mama then singgah pasar malam Ukay Perdana.
Sangat2 tak sangka keluar tak sampai 10minit, kereta kene pecah.
FYI. Memang salah i sebab tinggal kan bag dlm kereta. Walaupun bawah sit and cover dengan benda lain.
TAPI, i tak pernah tinggal kan HP i walau ke jamban opis! And semua org yg kenal i faham, i jenis tak suka org pegang HP i and tinggal merata.
Tak tahu kenapa, semalam tak perasan HP tu dlm bag. Ingatkan dlm purse.
Menjadi kebiasaan tak pernah main phone sambil jalan. So tak terfikir phone tu takde dalam purse.
Takpelah bukan rekzi i.
Dlm tu yg hilang, pas kerja, Watson VIP card, iPhone 5s Gold, powerbank transformers Pineng, Cable2, Perfume, CMD bottle...waaaaaaa semua tu kesayangan!

Takpe anggap bukan rezki i. Mungkin ada rezki lain.

Tapi paling celaka is, anak haram perompak tu bukan 1 kete je dia bedal, malam tu yg buat report sekali 4 kereta. Tempat sama. Masa lebih kurang sama.
FYI tempat tu tak gelap mana. Ramai je org lalu lalang and kenderaan ada.

3 org magsa tu same Apartment dgn i. (Kereta i- Persona, Kereta Getz, Kereta Exora)
1 org lak Apartment sebelah. (Kereta Myvi)

Paling kesian akak Getz tu, hilang RM 4000, HP and Laptop.
Myvi tu baru kerja then hilang Latop opis dia.
Exora lak hilang handbag mahal. Ipad and lain2 anak haram tu tak amek.

i rasa dia mmg target bag.

So utk sesapa terjumpa Bag kaler merah gelap brand Sembonia, pls contact i. kot anak2 haram tu buang tepi jalan. Kot dia tak amek barang2 lain dlm tu...

To anak haram, cari aku kat akhirat nnt k? harap cepat ko kene tangkap. Nak sepak sekali muka tu.
Tak pasal ktrg tak tido malam fikir pasal benda ni. dengan nak ganti cermin lagi. haih!

Moral dia, jangan sesekali tinggal apa2 dlm kereta walaupun sekejap. Walaupun ni pertama kali nak tinggal. Anak2 haram skng ni dah ada alat canggih nk detect gadget kita.

Untuk yang nak cakap i bodoh sbb tinggal barang tu. cakap lah. moga bodoh tu datang balik kat you.
Ni bahagian i mungkin... :(

.
.

Saturday, April 16, 2016

Ber-inai time lunch with MyGeletis

Saturday, April 16, 2016
.
.

As'salam. 

Saja nak promote kawan.

Kot sesiapa nak kawen, nak cari org utk conteng-conteng inai kat tangan kan?

meh follow adek manes ni. Harga boleh runding dengan dia bajet mcm mana korang nak.

Adek manes ni kretif baq ang! 

Kejap je dia buat. hehehe. 
nahh follow IG dia.

Bila MyGeletis berinai, gamat 1 opis. hahaha. we love jumaat!


Di antaranyaa...





Sunday, April 3, 2016

Gerai Air Kelapa Pekaki U-Turn

Sunday, April 3, 2016
.
.

Cerita semalam, layan kerenah si Nik ni. Nak sangat minum air kelapa U-Turn.
Thanks fahmi belanje! 

Lokasi : Diantara Taman Keramat AU3 and AU5.

Dekat sini ada pelbagai jenis air kelapa. Korang boleh refer senarai harga bawah ni.
Cek as usual minum yg original je. hehehe.

Kalau nak lepak sini boleh, nak bungkus pun boleh.
Asalkan datang awal. Ktrg datang pukul 3 pun Q panjang. lepas pukul 3, lagi lerrr weh. 
Ramai gak blah hari tu sbb tak tahan Q pluss panas giler.

Alkisah masa ktrg datang tu sedikit malang la.
Lepas dah Q panjang, elok2 turn kami je, ice habisss.

So total masa ktrg tunggu Setengah jam. 

Memandangkan dah paling depan, so redho je lah.

Total bill  kami RM 49.
-Air Kelapa Biasa 6
-Hotdog & Fish ball cucuk total 10cucuk.
-Cucur Udang 2 Set (Sedap Gile)
-1 bungkus meehun goreng.
-1bungkus kuih seri muka

Oooookayyyylah. Biasa asben tapau kan je sbb cek ni hantu air kelapa.
heheheh.


Ni nama gerai tu. 

layan dua budak ganu ni haa..
nahh senarai hargaa

.
.

Thursday, March 24, 2016

TAHNIAH --- > Pemenang utk 1st Segmen Cek Ungu

Thursday, March 24, 2016
.
.
CONGRATULATIONS GHAIS


ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html
keladionline.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html



alyasygsanda.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.hbtml
misskitty12.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html
mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html


Para pemenang, sila hubungi cek ungu pls. tinggalkan comment kat bawah ni.

jangan risau maklumat peribadi cek ungu tak publish. If tak yakin, boleh email cek ungu at :

narfaeza.narman@gmail.com

Fridge Magnet
1. Sila bagi nama u ols yang nak diletakkn atas fridge magnet tu. Jgn lebih 10 huruf. Cek ungu nak design bentuk Kufi Thuluth.

2. Nak pos hadiah u ols. So, nak Nama penuh and address utk cek ungu pos nanti. 

Kepada yg kurang bertuah, jgn risau..nanti ada segmen lagi. Doakan murah rezki cek ungu nak buat segmen lagi ya 😘
.
.






Proses Pemilihan Pemenang - 1st Segmen Cek Ungu

.
.

Syukur Alhamdulillah. 

Terima kasih kat blogger2 semua.

Segmen pertama Cek Ungu dah tamat.

Setinggi perhargaan buat mereka-meraka nie:



nantikan next post senarai pemenang.

Perlu diingatkan:

1. Keputusan adalah muktamad.

2. Para pemenang akan diberitahu dia blog masing-masing.

3. Hadiah fridge magnet berasakan kayu and plastik akan diberikan dan diminta para pemenang utk bagi details bagi tujuan "design nama" and alamat utk cek ungu pos hadiah u ols.

4. Gagal berbuat demikian? Cabutan undi akan dibuat lagi sekali utk menggantikan pemenang yg tidak memberikan kerjasama.

ok ghais..see u next segmen. byk lagi hadiah menarik menanti anda.

.
.

Tuesday, March 22, 2016

Sehari Lagi Oiii

Tuesday, March 22, 2016
.
.



Cepat Cepat Cepat Join --> SEGMEN CEK UNGU

tinggal harini and esok je u ols!

HADIAH MENARIK

LIMA orang blogger bertuah boleh tebus hadiah berupa :

1. FRIDGE MAGNET LIMITED EDITION. Boleh letak nama korang seringkas and sepadat yg mungkin. (Click sini utk sample hadiah)

2. BLOG u ols akan di tepek kt blog cek ungu ni selama tiba next segmen cek ungu yg akan datang.

.
.

Sunday, March 20, 2016

Cepat Join Segmen Cek Ungu

Sunday, March 20, 2016
.
.
Cepat join SINI SINI SINI

Tinggal TIGA HARI je lagi gaiss!

Thank you pada yang dah join tu...

Yang belum join tu, cepat cepat cepat..

Hadiah ni tak kan dpt dekat mana2 okay...Tak nak ke nama korang ada kat Fridge Magnet tu?

Moh cepattt...

.
.

Friday, March 18, 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA

Friday, March 18, 2016


As'salam semua...Jom siapa rasa blog dia kemas and rasa mcm nak memeriahkan suasana segmen ni..lets joinnn!!!

thankyou si manes sebab tagged cek ungu 😘

Before tu, ni gegojes pilihan cek ungu

• RosNordin
• Miss Banu


steps dia senang je.

  • Follow blog zulfa *wajib
  • Follow Google+
  • Follow twitter @zulfa001_
  • Buat entry bertajuk "Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA"
  • Letakkan banner di atas dan backlinkkan ke entry ini
  • Tinggalkan satu kata2 hikmat dalam entry *yang baik-baik
  • Tag 5 rakan korang untuk join *pastikan diorang tahu tau
  • Tinggalkan link di komen

okayy senang je..soo apa lagi?? jom!

pesanan cek ungu utk semua.

Nak hidup happy senang je, kita jangan hidup dgn terlalu peduli apa orang cakap. Kena ingat, mulut orang kita tak boleh tutup, kalau apa kita buat tu betul and tak lari dari landasan islam, go on! DAN usaha untuk jadi diri sendiri, tak perlu ikut apa yang orang ada, kita nak ada. Ikut kemampuan dan keperluan kita ok? Tapi kalau ikut benda baik, apa salahnya.
Less Strees, Extra Happy Pls!

.
.


Thursday, March 17, 2016

Cabutan Undian Segmen CekUngu

Thursday, March 17, 2016
.
.

BismillahhirRahmannirRahim.

Syukur and tq kepada yg join. 
Segmen masih dibuka.

Cek cuma nak bagitahu ,, dimana setelah berbincang dgn husband...beberapa perkara seperti dibawah telah ditetapkan.

• undian dibuat secara "cabut undi". 
Kesemua blogger yg menjawab dengan betul akan automatik dipilih sebagai calon-calon pemenang. Cek sendiri akan masukkn nama u ols dalam balang then shake shake then en husband selaku penaja yg akan mencabut undi nama u ols.

• cara ini dibuat untuk menjadi tidak berat sebelah memandang ada dikalangan kawan2 cek pun join.

• keputusan muktamad tanpa dipengaruhi mana2 pihak. rayuan tidak akan dilayan gitu. heehe

• para pemenang akan diberitahu melalui blog masing2.
dan pemenang yg area dekat rumah cek, cek boleh hantar sendiri hadiah tu. 
if segan silu, no hal. boleh bg alamat utk tujuan post hadiah. (senang je pejabat pos besar kt sebelah opis cek je hehe)

soooooo tunggu next week ok! good luck ghais. jomm ajak kwn2 join sementara masih dibuka ni.

.
.

Wednesday, March 16, 2016

Segmen Cek Ungu

Wednesday, March 16, 2016
.
.
*update : tarikh tutup pada 23rd March 2016*

Hadiah menarik. meh meh. ni cth Fridge Magnet. Boleh letak nama u ols yg menang


As'salam semua. Nahh jom join segmen Cek Ungu.

Steps dia :

1. Follow Cek Ungu.

2. Mention dekat comment post ni "Join Segmen and dah follow" . (jgn lupa link blog segment u ols)

3. Tagg 3 org kawan2 blogger korang yang lain dlm post ni. Tak kesah apa cara and bg tahu dorg nnt yg dorg dah diTag.

4. Jawab soalan bawah ni dgn tepat.

(a) Warna kegemaran Cek Ungu
(b) Bulan dan tahun Cek Ungu kawen

5. Copy paste je semua benda alah ni and tepek dkt blog korang k.

Tu je. mudah kan?

HADIAH MENARIK

LIMA orang blogger bertuah boleh tebus hadiah berupa :

1. FRIDGE MAGNET LIMITED EDITION. Boleh letak nama korang seringkas and sepadat yg mungkin. (Click sini utk sample hadiah)

2. BLOG u ols akan di tepek kt blog cek ungu ni selama tiba next segmen cek ungu yg akan datang.

Lets join bebeh!
.
.

Wednesday, March 9, 2016

Tahukah anda? Simbol Make Up Ni?

Wednesday, March 9, 2016
.
.

okay serius hakak baru tahu simbol ni. soo hakak nak share la dgn gojes2 semua okayy...

so balik ni hakak boleh kemas lah mana2 yg tak patut ado tu huhuhu...

sumber : Oh! Media

.
.

Monday, March 7, 2016

5 Things I hate most

Monday, March 7, 2016
.
.



As'salam darling2 hakak. Terkejut hakak bila ada sis cantek manes SiGojes Aishah tagged hakak untuk entry dia. Meh hakak sahut cabaran tu hokey.

RULES dia senang je,

•senaraikan 5 perkara/benda yang kita tak suke/tak gemar/hate hate gitu.
•mention si cantik yg tagged anda
•last sekali senaraikan 5 si cantik manes utk sahut cabaran ni.

okayyy jgn fikir negatif ya, tujuan dia utk kite lebih kenal blogger si cantek manes sekalian.

meh cekidout hakak punya:

1. Tak Menepati Masa
 - ni memang hakak pantang, sebab hakak sgt hormati and hargai masa. Hakak tak suke orang tunggu hakak sooo akak tak suka tunggu orang juga.

2. Apa2 haiwan kecik yg sekali nampak byk sgt.
- cth mcm byk gilerr semut, serangga..hakak jadi cemas and geli. masa tu tak keruan, sampai hakak x nak duduk rumah teres sebab benda ni lah, hahah hakak pun tak tahu napa rasa meremang semacam.

3. Gelap gelita hitam legam.
- hakak sgt sgt takut gelap. so jgn nak main2 tutup lampu dgn hakak. mmg boleh buat gadoh okay!

4. Gebang (sebutan dia Gay-Bang)/Cakap Besar (Poyo)
- ni perkara palingggg hakak tak gemar. sesapa spesis hakak jumpa dpn hakak yg mcm ni, hakak tak kasi muka. mmg hakak bagi das das kt spesis mcm ni. Bagi hakak spesis ni jenis poyoo giler yg nk tunjuk dia hebat and pandai. Sorry bro, hakak tak kagum pun dgn cerita2 gebang lu.

5. Pembuli or Kaki Kipas
- haha ni semua org mesti pernah hadap perkara ni kan? berdepan dgn si kaki kipas or pembuli. dah lah buli org then kipas baikkk dpn ketua. bg hakak spesis ni spesis nak kaya cepat and kenyang dgn pujian. kemon bro, buat cara halal sket, bukan jatuhkan org ke, amek kesempatan ke, buliii org ke sampai lu dpt nama. tak berkat broo.

OKAY sebenarnye banyak lagi, tapi nak LIMA je kan? hehehe

So selamat berkenalan gegojes semua.....Now hakak akan TAG LIMA gojes yg dipilih secara RANDOM ya?

here you goooo...

Loving Mummy Ujie
Cik Jaja Yg Cute Miut
My darling sweety Zati
Myra Si Gojes
Zulfa si cantek maness

love,
cek.ungu

.
.

Colourful Cabinet

.
.

sebab hakak tak nak nampak kalerful tu,  hakak boh alas :)



nah untuk siapa2 yang mencari benda ni, Bawah ni hakak ada share cara2 dia and harga mampu milik. Boleh pasang sendiri. Beli je dekat mana2 Aeon Big, mcm2 harga ada. Untuk yang bawah ni kurang RM 60. Dalam RM 50++

Belakang box ni ada steps dia. belah kanan tu asingkan ikut mumber
Pasang mcm belah kiri tu dulu, then ikut mcm belah kanan.
Last skali sambung yg atas tu. then ketat2kan la skru yg ado ya.

Taraaa..Hasil dia. boleh letak mcm2
.
.




Saturday, March 5, 2016

Hello kawan2, nantikan segment pertama cek ungu!

Saturday, March 5, 2016
.
.
semalam bincang dgn husband, rasa macam nak bagi hadiah berasaskan kayu & plastik. (click here) hehehe, so hakak plan nak buat gak la 1 segmen utk kesayangan semua ni.

sooo rajin2 lah singgah blog hakak ya?

bukan shj hadiah yg korg akan dpt, tapi hakak akan iklankan blog korang kat sini juga.
soo tak lah pening hakak nak main pilih je nanti.

5 blogger bertuah akan dipilih oleh hakak and husband.

jeng jeng jeng...

tunggguuuu

.
.

Gift berasaskan Kayu & Plastik

.
.

bismillah.
.'

menarik tak gift ni? ni totally from kayu or plastik. boleh tempah ikut request yang korang nak. macam2 ada.

-fridge magnet 
-bookmark 
-frame ayat2 quran
-frame tulisan nama korg sendiri

sesuai utk bagi hadiah dekat family and kawan2.

harga berpatutan and mampu milik u ols!

berminat boleh Comment kat entry ni okayy. 

.
.


Segmen Teka Teki Benda Uk2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."
1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.
Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 7-3-2016.

Jawapan Saya :...............

Friday, March 4, 2016

Lepas Rindu

Friday, March 4, 2016
.
.
balik kerja terus ke Puchong. anak2 menakan dah rindu. sama lah dgn aunty mummy ni. rindu sangat dah.

the twins
De kakaks
Pakcik mebuli
Add caption
.
.

Candy Crush Saga (CCS)

.
.
okay sapa still main game ni? kita gang! sep sikit! ramai give up main dah kan? hahaha hakak still main sebab ada gang main termasuk husband and babah mama hakak sendiri. hehehe

korang dah level berapa? 
hakak dah agak ketinggalan ler juga.

layan ooo game nie time boring ke tak boring ke hahaha


hakak memang kaki game baq ang! hehe
.
.

Wednesday, March 2, 2016

Sambal Sardin Cek Ungu

Wednesday, March 2, 2016

Mari hakak share resepi sardin hakak. Nie semua sebab blog hakak nie ler pasal sardin. Konon balik nak pergi pasar malam tapi terus tak jadi, pergi Giant beli barang. Okay dah2..Meh akak share resepi.

Bahan2:
-1 tin sardin brand AyamBrand
-Cili Kering (Kisar halus)
-Bawang Putih (Kisar Halus)
-Bawang Besar 3 biji (Kisar Halus)
-Garam,Gula
-Kiub ikan bilis Knorr
-Kicap Tamin
-Secubit serbuk kari (utk hilang bau ikan)
-sedikit cili padi

Cara2:
-Tumis bahan2 yg dah dikisar. Tumis hingga pecah minyak.
-Tabur sedikit gula, garam and kiub ikan bilis.
-Masukkan 1 tin sardin dan air separuh tin sardin tu.
-Tuang sedikit kicap, agak2 jgn sampai hitam.
-Tabur sedikit serbuk kari.
-Tabur cili padi.

Sedikit tips:
-hakak suka belah ikan tu biar dia betul2 masak. Tapi kacau slow2 nnt berkecai ikan tu.
-if tak nak masuk serbuk kari pun tak pe. hakak suka rasa dia hehe.
-lagi sedap goreng telur. nyumeh!

Tips paling penting;
-Masak dengan suami and selawat masa gaul lauk tu :)

[Sapa nak share sila ler. hakak halalkan]


My Nyumeh Sardine

Antara bahan2
Tumis bawang2 and cili sampai menggelegak and pecah minyak


Masukkan sardine and sedikit air
Makan pula dgn teloq

  




"First Segmen Bloglist NURZULFA"


As'salam. Hai kawan2. Meh join segmen adek manes ni.
Adik manes ni tengah cari list blogger utk letak dalam blog dia.
Meh sapa nak mencuba sama2 dgn cek. Boleh check bawah ni macam mana nak join ya.

Klik bawah nie.


hello semua, ni 1st time nak mencuba.
Saja untuk eratkan silaturrahim.
Cek pun tengah fikir nak buat segmen apa.
Hehehe.

Selamat Berkenalan :)

next geletis gathering


okay our next gathering on May. 
mungkin 20th May sebab masa tu Petronas dpt cuti free sbb saturday Public Holiday. Yahooo.

So plan dia, husband and anak takyah ikut. hehehe suke letuw husband2.

Plan konon nak karok, movie, spa, shopping hahaha katanyaaa.

Apa pun jumpa May ni - InShaAllah.

Tuesday, March 1, 2016

c e k . u n g u - 1

Tuesday, March 1, 2016

Photoshoot kawen - Lookuppoint Bkt Ampang 2011.


As'salam semua.

Salam perkenalan untuk semua blogger2 baru. Seronok baca masing-masing punya entry. Ada yang cerita pasal life sendiri, don't worry. bagus tu sebab boleh share-share pengalaman. Ada juga cerita pasal life mereka as student. Oh my, bila baca tu rindu sangat-sangat zaman jadi student dulu. Terikat dengan assignment je and dikelilingi kawan-kawan yang sawan-sawan. Heeee.

Today macam rajin nak post pasal diri sendiri.

ArfaEzza, 29 from Ampang, Ukay Perdana. Hari ni dah genap 4 tahun 2 bulan cek kahwin. Alhamdulillah. Cuma kami belum ada rezki anak lagi. Korang doa-doakan la ya? Alhamdulillah husband sanggup hadap sama-sama. Banyak bagi semangat and sentiasa ada time hati ni sedih and cemburu tengok. orang lain ada anak. But now i'm okay. Tak semestinya apa kita nak, kita akan dapat. Lagi2 hal jodoh, rezki , ajal. Takde siapa tahu kan? 

Cek masih bekerja. Alhamdulillah masih ada kerja. Start kerja tetap since 2008 betul-betul lepas habis diploma. Habis jumaat lepas hantar final project, isnin yu terus dapat kerja and till now tak pernah lagi menganggur. Takat ni dah 3 kali tukar kerja. So far yang sekarang ni since 2009. Rasanya pencen kat sini kot. Hehehe

Okay cukup takat ni, sambung next entry.
Dah nak sampai office. 

As'salam.

Monday, February 29, 2016

#GeletisPicnic2016 - Taman Tasik Titiwangsa

Monday, February 29, 2016
l o v e


As'salam and morning ols!
Fuhh otw ke kerja now, tapi jem dia boleh post macam-macam. Hehehe

Okay nak cerita kesah semalam dengan akak-akak geletis.

Akak-akak ni, akak office. Team lepak dekat pantry dulu. Ni pun ada 2 family tak dapat join. Ada hal.

Okay tema dia Putih and tudung colourful.

Celebrate sekali birthday girl bulan Jan-March.

Okay next party before puasa pulok for Apr-June babies.

Jom cek belanja gambar.

cake from Ixalicious. Click here

Family portrait